Monday, 6 April 2020

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mutakhir, adab dan ilmu seperti sudah semakin menghilang. Anda boleh membaca sendiri post-post yang turar kebelakangan ini. Ada yang menghina si fakir miskin, dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat, mengejek, mengeji pegawai-pegawai frontliners yang bertugas demi menjaga keselamatan kita semua.

Saudara saudari sekalian, sekaya mana pun anda, adab dan ilmu tidak dapat dibeli. Jika anda disanjung tinggi oleh kekayaan anda, maka sanjungan itu akan terhenti apabila kekayaan anda telah habis. Namun, jika anda disanjung tinggi kerana adab dan ilmu anda, sanjungan itu tidak akan terhenti, walaupun anda mungkin tidak ada lagi di dunia ini.

Justeru, jadilah orang yang beradab dan berilmu, kerana ianya kecantikan hakiki.

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya rasa semua dapat memahami mutiara kata ini kerana kita dapat memerhatikanya di sekeliling kita.

Sebagai contoh, ada antara kenalan kita bekerja di luar bidang kepakaran nya, namun kerana ingin menyara keluarga, dia memaksa diri nya untuk meminati pekerjaan nya. Akhirnya, dia bersyukur dan meminati pekerjaan nya.

Ada juga kenalan kita yang bergaji besar dan bekerja di organisasi terkemuka. Namun, merasakan pekerjaan nya bercanggah dengan apa yang disukai nya, dia meletakkan jawatan, menjadi petani moden dan berasa bahagia dengan pilihan nya.

Semuanya terserah kepada kita untuk memilih.

Wednesday, 1 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Dye VS Die. Walaupun sebutan sama, namun dye bermaksud mewarnakan [katakerja] dan pewarna [katanama] manakala die bermaksud mati [katakerja]. Jauh beza kan?

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Tuesday, 31 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom corakkan hidup kita dengan aktiviti dan pengalaman yang penuh bermakna. Penuhkannya dengan kenangan manis dan bekalan akhirat supaya tiada penyesalan di hujung hayat.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai peniaga yang rungsing dan gelisah sekarang ini. Semakim lama tempoh MCO, maka semakin lama jugalah pendapatan peniaga terjejas. Kami faham kerana kami juga merasa kesanya.

Ya, selepas berakhirnya Covid 19, mungkin keuntungan perniagaan anda tidak gah seperti dahulu, mungkin anda perlu berjimat-cermat semata-mata untuk melihat kelangsungan perniagaan anda.

Namun, usahlah khuatir. Selagi keghairah, kecekalan dan kreativiti anda untuk menjalankan perniagaan masih ada, Insya Allah perniagaan anda akan bertahan. Buat masa ini, sama-samalah kita akur dengan MCO dan duduk di rumah.

Monday, 30 March 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebanyakan orang boleh menjadi pengajar, tetapi tidak dapat menjadi jurulatih. Ini kerana kejayaan seseorang jurulatih bergantung dengan pelajarnya. Setinggi manapun ilmu dan kelayakan jurulatih, jika beliau tidak dapat melahirkan seorang pelajar yang berjaya, maka beliau, sebagai seorang jurulatih, telah gagal.

Justeru, mempunyai jurulatih yang bukan sahaja boleh mengajar anda, namun memberi motivasi dan kepercayaan kepada anda, apabila anda sendiri tidak percaya dengan keupayaan anda, adalah sangat penting. I have my coach. Do you have one?

Wednesday, 25 March 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Brake VS Break. Brake ialah brek kereta manakala break pula mempunyai banyak maksud. Ianya boleh bermaksud remuk, pecah atau patah, bergantung kepada ayat anda.

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁